Definisi Pengurusan Pembelajaran
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.
KONSEP MENGURUS PEMBELAJARAN
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah :
1. Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang bahan-bahan pengajaran
f) Merancang aktiviti kumpulan.
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
h) Merancang aktiviti penilaian.
2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah.
b) Mengurus aktiviti murid
c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus disiplin bilik darjah.
e) Mengurus aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus aktiviti penilaian
3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.
4. Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan guru
b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment